Wednesday, November 10, 2010

Kesempurnaan yang takkan pernah dimiliki oleh makhluk bernama MANUSIA

 Di satu petang yang hening, di padang sekolah...
Cikgu : Murid-murid, hari ni cikgu nak buat satu pertandingan...
Abu : Pertandingan apa ye cikgu?
Cikgu : Pertandingan mencari yang batu paling cantik. Tapi dengan syaratSyarat-syaratnya ialah :-
            i. Kena pilih satu batu je..
           ii. Kena jalan terus dan tidak boleh patah ke belakang semula.
Azri : Ala, senang je nak cari batu..
Cikgu : Cikgu akan tunggu kamu di hujung padang sana..

Selepas 15 minit pertandingan berjalan…

Cikgu : Azri, kenape awak tak bawa satu batu pun??
Azri :  Dalam perjalanan tadi, saya dah jumpa satu batu yang cantik.
Cikgu : Tapi kenapa kamu tak ambil ?
Azri :  Nak sampai hujung padang jauh lagi.. Dan mesti banyak lagi batuyang cantik di depan sana..
Cikgu : Jadi kamu tak jumpa batu lagi lepas tu ye?
Azri : Saya jumpa satu lagi batu yang cantik,tapi kotor sikit.Saya takambil.. Saya nak cari yang lebih cantik    dan bersih..
Cikgu : Kenapa kamu tak ambil.. Kekotoran sikit boleh dicuci. Susah nakCari yang sempurna.. Jadi kamu tak jumpa batu lagi selepas itu?
Azri : Saya jalan sampai hujung, malangnya dah tiada lagi batu yanglebih baik sampailah ke garisan penamat.

Kesimpulan:-

Kerana terlampau mengejar kesempurnaan,kita terlepas sesuatu Yang berharga.Dan apabila kita mula sedar ia sangat berharga,ia dah terlepas daripada kita,dan mungkin sudah menjadi orang lain punya..Ingatlah, perkara yang paling dekat dengan kita ialah Ajal..Perkara yang paling jauh adalah masa lepas yang tak kan dapat diulang semula..Wallahua’lam...

No comments:

Post a Comment